JOHOR BAHRU: Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Syarikat itu, yang diwakili seorang daripada pengarahnya iaitu wanita berusia 26 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu telah menjual telur ayam gred B pada harga 70 sen sebiji iaitu melebihi harga maksimum runcit yang ditentukan dalam Jadual Ketiga (Perenggan 4) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 12) 2022 iaitu RM 0.43 sebiji.
Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat tersebut di No. 44, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn di sini pada kira-kira 11.30 pagi 2 Jan lepas mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Syarikat itu berdepan hukuman maksimum denda RM500,000 mengikut Seksyen 18(a) akta sama dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, ia boleh didenda RM1 juta.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Iklas Raja Ariff manakala Orang Kena Saman diwakili peguam Farah Wahidah Mohd Sharip.
Mahkamah menetapkan 18 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini. - Foto BERNAMA
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Aidilfitri: Harga siling ayam, telur dimuktamad esok - Salahuddin
Harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimuktamadkan esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada petang Rabu.
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini - Mohamad
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPDN lakukan siasatan caj tersembunyi penjualan telur ayam - Fuziah
KPDN sedang melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar peruncit mengenakan caj tersembunyi ke atas penjualan telur ayam.
Kerajaan kekal pendirian kawal harga telur, tidak diapungkan
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
KPDN rekod 10,894 kes seleweng barang keperluan
Sebanyak 10,894 kes seleweng barang keperluan menerusi rampasan bernilai RM115 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang tahun lepas.
Harga makanan ayam tinggi punca harga telur dan ayam meningkat berganda
Kenaikan harga ayam dan telur yang agak tinggi berpunca daripada faktor makanan ayam itu sendiri yang turut mengalami peningkatan yang mendadak.
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.
Kerajaan tambah RM370 juta subsidi telur dan ayam untuk Julai, Ogos 2022
Jumlah itu menjadikan jumlah peruntukan disediakan kerajaan sepanjang dua bulan itu mencecah RM1 bilion ringgit.
Harga ayam: Bukan u-turn, kerajaan ambil kira rintihan rakyat - PM
Bukan u-turn, sebaliknya keputusan kerajaan untuk tidak mengapung harga ayam di pasaran adalah dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup.